18 Mei 2026, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang telah menyempurnakan sesi penyerahan kunci Balai Lampam kepada komuniti setempat sebagai simbol komitmen berterusan MBPG dalam memperkasakan kemudahan awam demi kesejahteraan rakyat.
Projek menaik taraf ini melibatkan penambahbaikan kemudahan sedia ada termasuk penyediaan kawasan parkir, bilik mesyuarat serta tandas bagi memberikan keselesaan dan kemudahan yang lebih baik kepada komuniti setempat.
Turut mengiringi sesi penyerahan tersebut ialah Encik Muhammad Haziq bin Zakaria, Ahli Majlis Zon Tanjung Puteri.
Semoga kemudahan yang telah dinaik taraf ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat dan terus menjadi pusat aktiviti komuniti yang aktif, selesa dan kondusif di Pasir Gudang.
