8 November 2025, MBPG berjaya meraih Tempat Ketiga bagi Anugerah PBT Cemerlang (Kategori Bandaraya) sempena Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT (AKM KPKT) 2025 yang berlangsung pada 8 November 2025 di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Pengiktirafan ini mencerminkan kejayaan hasil kerjasama erat MBPG bersama rakan strategik, agensi kerajaan, swasta dan komuniti setempat yang sentiasa mendukung usaha memperkukuh pembangunan serta tadbir urus bandar raya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan berterusan. MBPG akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti Pasir Gudang demi kesejahteraan dan kemajuan bersama.
