Langkau ke kandungan utama

16 Januari 2026, MBPG telah menganjurkan Tazkirah Sempena Israk & Mikraj yang berlangsung pada hari ini bertempat di Masjid An-Nur Kompleks Pusat Bandar, sebagai pengisian rohani berterusan dalam kalangan warga kerja.

Program dimulakan dengan Pembudayaan Al-Quran sebelum diteruskan dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Aswad bin Sulieman, Pegawai Agama, Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF). Pengisian tazkirah menekankan penghayatan peristiwa Israk dan Mikraj serta kepentingannya dalam memperkukuh keimanan, disiplin ibadah dan nilai integriti dalam kehidupan seharian.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, bersama barisan pengurusan dan warga kerja MBPG.

Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen MBPG dalam membudayakan ilmu, memperkukuh nilai kerohanian serta membentuk warga kerja yang seimbang dari aspek profesional dan sahsiah.

ISRAK MEKRAJ THUMBNAIL