VISI - PASIR GUDANG BANDAR SEJAHTERA TERSOHOR
Aspirasi jangka masa panjang untuk menjadikan kawasan pentadbiran MPPG
sebagai sebuah Bandar sejahtera yang dibangunkan secara mampan dengan
ciri-ciri persekitaran bandar hijau serta mengutamakan sistem sosial yang inklusif.
Sebagai sebuah bandar tersohor yang terus menjadipilihan pelabur
dan menjadi tarikan pelancongan melalui pembangunan produk-produk
pelancongan serta penganjuran program-program bertaraf dunia.
DALAM MEREALISASIKAN VISI, MPPG AKAN MEMASTIKAN SEGALA PERANCANGAN, PENGURUSAN, DAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN ADALAH CEKAP, BERKESAN DAN BERKUALITI MENERUSI :
Pembangunan perbandaran yang memenuhi keperluan masyarakat.
Kemudahan infrastruktur bagi mewujudkan prasarana berkualiti.
Memperkasa dan meningkatkan prestasi modal insan.
Pengawalan alam sekitar yang berkesan.
Pengukuhan kewangan dan kepelbagaian sumber hasil.
Pembangunan masyarakat sejahtera.