MENU

1/1/2023 Orang ramai telah mengambil peluang berbaris seawal jam 7.30 pagi hari ini di hadapan Menara Aqabah MBPG bagi menjelaskan bayaran cukai harta masing-masing bagi tahun 2023.

Ini adalah berikutan tawaran yang dijanjikan oleh pihak MBPG sebelum ini sekiranya mereka berjaya menjadi pembayar cukai harta terawal akan menerima cenderamata berupa jute beg, bekas tupperware, carrier bag dan kad TNG NFC.

YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman. Datuk Bandar MBPG telah berkesempatan meluangkan masa menyampaikan cenderamata kepada semua pembayar cukai yang bertuah melaksanakan tanggungjawab menjelaskan bayaran cukai harta semasa mereka.

Kali ini MBPG turut menyediakan sebanyak 13,000 unit cenderamata carrier bag dan orang ramai masih berpeluang untuk mendapatkannya selagi stok masih ada.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada penduduk dan pemegang taruh di dalam kawasan pentadbiran MBPG yang membuat pembayaran cukai bagi tahun 2023.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

#bandarrayaindustridanpelabuhan