MENU

Bulan Ramadhan adalah bulan rahmat dan bulan yang penuh keberkatan kepada umat manusia serta alam seluruhnya. Bersempena pada bulan yang mulia ini, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) turut mengambil kesempatan dengan mengadakan satu majlis berbuka puasa MBPG bersama rakan media negeri Johor hari ini bertempat di Fives Hotel, Johor Bahru.

Program sebegini dilaksanakan saban tahun dan pada kali ini YB. Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar MBPG turut hadir memeriahkan majlis selain En. Mohd Fauzi bin Ishak selaku Presiden Kelab Media Johor. Pihak MBPG berharap hubungan baik ini dapat diteruskan bagi memastikan setiap perancangan yang dilakukan demi kebaikan semua pihak berjalan dengan lancar dan dapat merealisasikan matlamat MBPG melalui media.

Majlis juga diselitkan dengan penyampaian sumbangan kuih raya kepada seramai 35 orang pengamal media daripada 15 agensi yang hadir sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas peranan yang telah dimainkan khusus sejak Pasir Gudang dinaiktaraf sebagai bandaraya ke-3 di negeri Johor.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang