MENU

2/7/2021|  Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) melalui Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan bersama agensi kerajaan yang berkaitan seperti pihak PDRM, KKM, JTK dan DOSH hari ini telah melaksanakan Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan SOP PKP 3.0 di kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Diantara lain adalah bagi memantau dan memastikan supaya premis-premis yang dibenarkan beroperasi pada waktu PKP ini  mematuhi syarat- syarat  yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

MBPG dan agensi yang terlibat akan terus melaksanakan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa terhadap semua sektor di bawah pentadbiran Bandaraya Pasir Gudang bagi memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi
dan PKP yang dilaksanakan berjaya mencapai matlamat perlaksanaannya dimana seterusnya dapat bersama-sama memutuskan rantaian Pandemik Covid-19 ini.

Diharap semua industri dan premis dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Pandemik Covid 19 dimana kini kes positif Covid 19 berada dalam keadaan yang membimbangkan.

#patuhisop #kitajagakita #kuarantinkendiri #kitabebascovid #staysafe #patuhiSOP

Lihat Gambar