Langkau ke kandungan utama

PROGRAM PENDAFTARAN VAKSINASI NEGERI JOHOR DI PASIR GUDANG

25/6/2021 |

Menjunjung Titah DYAM Tunku Mahkota Johor. Southern Volunteers digerakkan bagi membantu Bangsa Johor mendaftar vaksin.

Southern Volunteers Pasir Gudang hari ini telah digerakkan untuk melaksanakan Program Pendaftaran Vaksinasi di kawasan zon Nusa Damai. Turut bersama-sama dalam melaksanakan program tersebut adalah Ahli Majlis, Penghulu, Ketua Kampung dan JKPZ.

Southern Volunteers akan meneruskan program ini sehingga 23/7/2021 bagi mencapai 80% Bangsa Johor mendaftar vaksin pada hujung bulan Julai. Tujuan vaksinasi adalah untuk mewujudkan imuniti berkelompok yang telah mendapat liputan imunisaso yang tinggi dan seterusnya melindungi diri sendiri, keluarga, masuarakat dan negara.

Orang awam dimohon memberi kerjasama yang penuh kepada Southern Volunteers di negeri Johor khususnya di Pasir Gudang dalam melaksanakan tanggungjawabnya membantu Bangsa Johor untuk mendaftar vaksin.

Terima kasih diucapkan kepada Southern Volunteers Pasir Gudang yang hadir untuk membantu Bangsa Johor di Pasir Gudang.

Ayuh Bangsa Johor kita daftar Vaksin.

Bagi sesiapa yang berminat untuk daftar Ahli Southern Volunteers sila isi borang di

https://docs.google.com/.../1FAIpQLSfjqjSVqnlN9n.../viewform

Lindung Diri, Lindung Semua.

img