MENU

Pada 21 Februari 2022, Pihak MBPG melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat telah melancarkan Program Sg. Masai River Plogging semalam bertempat di Kompleks Nelayan Pasir Gudang Baru. Program ini mendapat kerjasama beberapa jabatan kerajaan yang lain seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Parit Dan Saliran serta Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan, ahli-ahli Southern Volunteer dan tidak ketinggalan komuniti dan masyarakat sekitar.

Kesemuanya seramai 150 orang terlibat dengan penggunaan sebanyak 40 buat bot kecil dan sederhana yang dibekalkan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan. Kerja-kerja pembersihan telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan melakukan kerja-kerja pembersihan di darat dan persisiran tebing sungai dan satu kumpulan lagi telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di perairan Sungai Masai.

Program telah dilancarkan oleh YBhg. Tn Hj Mohd Yusof Abd Wahab, Timbalan Setiausaha MBPG selaku wakil rasmi Datuk Bandar Pasir Gudang dengan turut dihadiri oleh Ketua Whip dan ahli-ahli Majlis MBPG, Ir Abdul Razak Abdul Aziz, Jurutera Daerah JPS dan Mohd Rashdan Topa selaku Timbalan Pengarah (Operasi 1) Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.

#DynamicPasirGudang

#CintailahSungaiKita