Langkau ke kandungan utama

22/2/2021 Datuk Bandar Pasir Gudang hari ini memenuhi jadual padat beliau dengan meneruskan membuat tinjauan dan lawatan kerja ke tiga buah zon dalam pentadbiran MBPG iaitu :

i) Zon Scientex 1

ii) Zon Scientex 2

iii) Zon Kota Bestari.

Sesi-sesi taklimat dan dialog telah diadakan bertempat di Balai Komuniti Amanpuri, Jalan Serindit Utama bagi Zon Scientex 1, Dewan Terbuka Jalan Kijang bagi Zon Scientex 2 manakala bagi Zon Kota Bestari berlangsung di Dewan Muafakat Bistari Perdana.

isu penempatan penjaja terus menjadi perhatian komuniti di kedua-dua kawasan Zon Scientex selain perancangan untuk pembinaan Taman Komuniti di Zon Scientex 2.

Datuk Bandar juga berkesempatan melancarkan Gerobok Perihatin Pasir Gudang di Zon Scientex 2

Semasa lawatan kali ini Datuk Bandar Pasir Gudang turut berkesempatan melancarkan Gerobok Perihatin Pasir Gudang Zon Scientex 2.

Isu kemalangan jalan raya turut diutarakan oleh penduduk setempat Kota Bestari, langkah pembaikan akan diambil demi keselamatan pengguna jalan raya bersama.

img