Langkau ke kandungan utama

 

Bas Muafakat JOHOR

Mengenai Bas Muafakat Johor

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat serta di kendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah dikenalpasti. 

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor diberikan secara percuma kepada seluruh warganegara. Laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor merangkumi 15 laluan di wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang dan Kulai.

Sebanyak 30 buah bas akan dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan Kemudahan Internet Percuma (WIFI)

Bagi mendapatkan perkhidmatan Bas Muafakat ini, pengguna perlu mendaftar dan mendapatkan Kad Muafakat Johor. 

Sistem Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia

Perkhidmtan Bas Iskandar Malaysia adalah sebuah usahasama diantara Kerajaan Negeri Johor dan Pasukan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) dibawah seliaan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan dikendalikan oleh syarikat-syarikat bas terpilih di Iskandar Malaysia.

Menerusi inisiatif ini, 34 buah bas telah disediakan bagi operasi di 16 laluan sosial sejak 19 Desember yang lalu – sekaligus menyediakan perkhidmatan kepada rakyat di kawasan – kawasan membangun di Iskandar Malaysia  serta mewujudkan capaian kepada faedah – faedah sosial dan ekonomi bagi masyarakat sekeliling.

Dilengkapi dengan GPS dan CCTV serta dekendalikan oleh operator yang terpilih dan pemandu yang terlatih, Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia ini dijangka memberi perkhidmatan mudah capai yang efisyen, selesa dan selamat ke laluan – laluan sosial. Tumpuan diberikan ke atas kecemerlangan operator – operator bas yang akan dipantau secara berterusan bergariskan KPI yang telah disediakan oleh PAIM.

Khidmat Mesra Komuniti Selasa

Untuk Maklumbalas: Tel 1-800-88-3010

 

Syarikat Pengangkutan Maju Bhd
Tel: 07-2370271
Syarikat Kenderaan S&S Sdn Bhd
Tel: 013-7771246
Handal Indah sdn Bhd
Tel: 07-3582244
Sms: 012-7178080

 

Laluan IM12Laluan IM13Laluan IM14Laluan IM15
Terminal Masai
Terminal Pasir Gudang
Darul Hanan
Spg Tmn Bukit Dahlia
Spg Tmn Cendana
Tmn Cendana
Spg Tmn Kota Masai
TS Hotel
Impian Scientex
Politeknik Pasir Gudang
Bulatan Heliconia
Spg Kg Kopok baru
Tmn Desa Rakyat
Kg Pasir Putih
Kilang Beras Bernas
L / isyarat Jln Pekeliling
Jln Besar
Hentian bas Tmn Air Biru
Jln Perjiranan 9/5
Perumahan Bakti 2
Terminal Pasir Gudang
Jln Masjid
Esso Tmn Cendana
Kip Mart Masai
Terminal Masai
 
Terminal Masai
KFC Bkt Dahlia
Terminal Pasir Gudang
Tasek Perdana
Spg Bkt Dahlia
Persiaran Cendana
Lake Hill
Persiaran Scientex 1 & 2
Nusa Damai
Terminal Pasir Gudang
L / isyarat Jln Bandar
Jln Keluli 10
Hitachi Chemical
Spg Jln Keluli 10 / Jln Bandar
L / isyarat Tmn Pasir Putih
Sek Men Tmn Pasir Putih
Jln Siakap 1
Masjid Tmn Pasir Putih
Jln Ciku Tmn Kota Masai
Jln Manggis Kota Masai
Jln Pulasan Kota Masai
Jln Kota Masai 2
Jln Tembikai
Terminal Masai

 

Syarikat Pengangkutan Maju Sdn. Bhd.

Syarikat Pengangkutan Maju Sdn. Bhd. telah memulakan perkhidmatannya di kawasan Pasir Gudang pada 1 Mac 1987. Perkhidmatan bas ini telah dapat memberi kemudahan kepada orang ramai terutamanya pekerja - pekerja kilang yang bekerja di kawasan - kawasan berhampiran. Untuk menambah kemudahan yang terdapat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, sebuah perhentian teksi telah memulakan perkhidmatannya pada tahun 1993 untuk kemudahan orang ramai yang berkunjung ke Pasir Gudang. Dengan adanya perkhidmatan ini, laluan Pasir Gudang ke Masai, Johor Bahru dan kawasan - kawasan lain akan lebih mudah. Orang ramai mempunyai pilihan samada untuk menggunakan perkhidmatan teksi atau bas.

 

 

Hentian Bas dan Teksi

Bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna bas dan teksi, hentian bas dan teksi baru telah dibina dan mula beroperasi pada Jun 2000. Dengan terbinanya hentian bas dan teksi ini sistem pergerakan bas dan teksi yang beroperasi menjadi lebih teratur. Hentian ini juga dilengkapi tempat menunggu berbumbung dan berdekatan dengan gerai makan di Kompleks Pusat Bandar.

 

Perkhidmatan Udara

Terminal Udara KLIA
Terminal Udara Sultan Ismail, Senai, Johor 

 

Perkhidmatan Bas

Dari Kuala Lumpur ke Stesen Bas Pasir Gudang - Tambang RM 3+.++
Dari Pantai Timur ke Stesen Bas Pasir Gudang - Tambang RM 4+.++
Dari Terminal Bas Larkin, Johor Bahru ke Terminal Bas Pasir Gudang - RM5.00 ++,jarak perjalanan 30 KM (45 minit)

 

Perkhidmatan Teksi

 

Dari Terminal Teksi Larkin, Johor Bahru - 38 KM ( 30 minit hingga 45 minit )
Tambang Teksi - 1 tempat duduk - RM 11.00
Dari Stesen Teksi Pasir Gudang ke Terminal Teksi Pasir Gudang - 30 KM
Tambang Teksi - 1 tempat duduk - RM 3.00

 

Perkhidmatan Feri

Pasir Gudang Ferry Terminal
Terminal Passenger Johor Port, Jln Feri, Lembaga Pelabuhan Johor,
 Jalan Feri, Johor, 81700 Pasir Gudang, Malaysia
Tel : 07-2544563