Skip to main content

24/4/2022 MBPG melalui Bahagian Pembangunan Masyarakat pada hari telah menganjurkan Program Bubur Lambuk Perdana 2022 bersempena bulan Ramadan 1443 hijriah. Program telah berlangsung di Dewan Muafakat Kg Cahaya Baru bermula sejak 8.30 pagi dan selesai sekitar jam 12.00 tengahari.

Sebanyak 30 periuk bubur lambuk telah dimasak yang boleh memuatkan lebih kurang 10,000 bekas. Disediakan oleh 30 kumpulan tukang masak terdiri dari pelbagai kumpulan masyarakat 24 Zon Pasir Gudang. Selain turut terlibat adalah pihak Puspanita MBPG, Kelab Sukan Dan Kebajikan MBPG serta Anulae MBPG, IPD Seri Alam, Politeknik Ibrahim Sultan, Renaissance Hotel dan pihak TNB Pasir Gudang.

Manakala ramai pihak penaja telah tampil bermurah hati menyumbang bagi menyediakan kelengkapan dan ramuan untuk menyediakan bubur lambuk pada kali ini. Antaranya adalah pihak Lotte Chemical Titan yang telah menyumbang sebanyak RM20,000.00. Lain-lain yang telah menyumbang adalah pihak KPRJ Sdn. Bhd., Yayasan Pasir Gudang, Meridin East Sdn. Bhd., Seri Alam Properties Sdn. Bhd., Koperasi Wawasan Mppg Johor Berhad, Fgv Johor Bulkers Sdn. Bhd., Anulae Bandaraya Pasir Gudang, Lembaga Tabung Haji Pasir Gudang, Maslee Wholesales Cc (Pg) Sdn. Bhd., Mewaholeo Industries Sdn. Bhd., Lam Soon Edible Oil Industries Sdn. Bhd, Delima Oil Product Sdn. Bhd.,, Petronas Dagangan Berhad, Regency Specialist Hospital, Tanjong Puteri Golf Resort, Syarikat Jalen Sdn. Bhd., F&N Beverages Marketing

YBhg. Tn Hj Mohd Yusof bin Abd. Wahab, Timbalan Setiausaha selaku wakil rasmi Datuk Bandar MBPG telah hadir menyempurnakan majlis dengan turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis MBPG.

#dynamicpasirgudang

#majlisbandarayapasirgudang

img