FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG 2026 DIKTIRAF MALAYSIA BOOK OF RECORDS
7 Februari 2026, Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-28, 2026 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keunikan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara acara layang-layang bertaraf antarabangsa yang signifikan di rantau ini.
Majlis perasmian festival telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, serta menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi pencapaian “Most Countries Participating in a Wau Flying Event”.