12 Februari 2026, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) terus komited dalam menjayakan agenda pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHC) melalui program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC 2030 Challenge). Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada hari ini bertempat di Hilton Kuala Lumpur.
MBPG telah menerima beberapa Anugerah Diamond sebagai pengiktirafan terhadap pelaksanaan inisiatif bandar rendah karbon di Pasir Gudang. MBPG diwakili oleh Yang Berusaha En. Abd Majid bin Sapihe, Timbalan Setiausaha MBPG yang hadir mewakili Datuk Bandar Pasir Gudang bersama pegawai-pegawai kanan dan Ahli Majlis MBPG.
Anugerah-anugerah yang diterima adalah seperti berikut:
Anugerah Zone ( Diamond)
-Majlis Bandaraya Pasir Gudang-Zone LC 1A Pasir Gudang
Anugerah Diamond (Zon Ahli Majlis)
-Zon Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang
-Zon Kota Masai 2 – Pusat Bandar, Pasir Gudang
-Zon Taman Mawar, Pasir Gudang
-LC Zone Kota Masai 1 – Ciku, Pasir Gudang
-LC Zone Taman Cendana, Pasir Gudang
Anugerah Diamond (Industri)
-Johorport Berhad
-Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ)
-Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MMHE)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua zon yang terlibat termasuk Ahli-Ahli Majlis, jabatan-jabatan MBPG, rakan-rakan strategik, pemain industri serta agensi-agensi berkaitan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.
Pengiktirafan ini merupakan hasil sinergi berterusan antara kepimpinan bandar, sektor swasta dan masyarakat setempat dalam merealisasikan agenda kelestarian. Semoga kejayaan ini terus memperkukuh usaha menjadikan Pasir Gudang sebuah bandar yang lebih hijau, mampan dan berdaya tahan demi generasi akan datang.