Langkau ke kandungan utama

Majlis Bandaraya Pasir Gudang bersama Persatuan Pelancongan Pasir Gudang, PESAKA Daerah Johor Bahru, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru dan Majlis Belia Daerah Johor Bahru telah menganjurkan Karnival Pencak Silat Beradat Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2022 pada 3 Disember 2022 di Atrium Kompleks Pusat Bandar.

Sebanyak 20 pasukan menyertai karnival ini. Pasukan terdiri daripada negara Malaysia sebagai tuan rumah, Indonesia dan Singapura.

Majlis penyampaian cenderahati Perguruan kepada jurulatih-jurulatih pasukan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tn. Ibrahim bin Mohd Salleh, Pengerusi Persatuan Silat Kebangsaan Daerah Johor Bahru (PESAKA) diringi oleh Encik Fauzi bin Faizal, Pengerusi Persatuan Pelancongan Pasir Gudang.

Majlis Penyampaian Hadiah bagi Kategori Plate dan Winner kepada pemenang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Hafiz bin Aliman, Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang, diringi oleh Encik Fauzi bin Faizal, Pengerusi Persatuan Pelancongan Pasir Gudang.

Bagi kemuncak majlis pula, penyampaian hadiah bagi kategori Silat

Terbaik

Putri dan Silat

Terbaik

Putra serta Pasukan

Terbaik

keseluruhan merebut Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2022 disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang diiringi oleh barisan VIP.

Berikut adalah senarai pemenang:

Kategori Silat

Terbaik

Putri :

NUR NAJIHAH BINTI ABDULLAH

(PERTUBUHAN SENI SILAT PANGLIMA BUGIS)

Kategori Silat

Terbaik

Putra :

ALIF SYAHMI BIN SALEHAN

(PELAPIS JB)

Kategori Winner :

1. Emas – SILEK HARIMAU MINANGKABAU SINGAPURA

2. Naib Johan – PELAPIS JB

3. Gangsa – PANGLIMA BUGIS B

4. Gangsa – PANGILMA BUGIS A

Kategori Plate:

1. Emas – INDERA PUSAKA A

2. Naib Johan – SUNDA ASLI B

3. Gangsa – KELAB FATANI JOHOR A

4. Gangsa – ABJAB ASLI B

Kategori Pasukan Terbaik keseluruhan

– SILEK HARIMAU MINANGKABAU SINGAPURA

Program ini dianjurkan bersempena Temasya MBPG yang akan berlangsung pada 8-10 Disember 2022 dan majlis yang julung kalinya diadakan ini akan menjadi acara tahunan Pasir Gudang.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang