Langkau ke kandungan utama

Perkhidmatan Kaunter

Majlis Bandaraya Pasir Gudang menyediakan perkhidmatan kaunter kepada pelanggan bagi semua urusan pembayaran yang melibatkan bayaran cukai harta, lesen, sewa, kompaun dan lain-lain bayaran berkaitan perkhidmatan Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Kaunter bayaran ini terletak di Aras 1, Menara Aqabah.

Berikut adalah waktu operasi kaunter bayaran:

 

HARIWAKTU URUSAN
Ahad Hingga Rabu8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis8.00 pagi - 3.30 petang
Jumaat & SabtuCuti

 

Kaunter Pandu Lalu

Kaunter pandu lalu MBPG telah beroperasi bermula 15 Mac 2017 yang terletak di Menara Aqabah. Ia memudahkan para pelanggan bagi pembayaran cukai harta, bayaran sewa dan kompaun. Walaubagaimanapun, kaunter tersebut ditutup buat sementara waktu kerana kerja - kerja penyelenggaraan sedang dijalankan. Pembukaan semula kaunter akan diberitahu kemudian.

Kaunter Muafakat

Pembayaran cukai harta dan sewa boleh dibuat di Kaunter Muafakat, UTC Pasir Gudang yang beroperasi setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Kios Bayaran

Sebagai kemudahan kepada pelanggan, bayaran cukai harta, sewa dan kompaun juga boleh dibuat melalui kios bayaran yang terletak di lokasi-lokasi berikut:

  • Sebelah pintu masuk utama pejabat Majlis Bandaraya Pasir Gudang

  • Aras 3, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang

  • Terminal Bas Taman Kota Masai

  • KIP Mart Masai, Taman Bukit Dahlia

  • Lotus's Bandar Seri Alam

  • Econsave Taman Scientex

E-bayaran

Pembayaran juga boleh dibuat secara on-line melalui laman web berikut:-

Kaunter Ejen

Pelanggan juga boleh membuat pembayaran di kaunter ejen-ejen berikut:-

  • Bank Islam Malaysia Berhad

  • Bank Simpanan Nasional

  • Pejabat Pos Malaysia