Langkau ke kandungan utama

FUNGSI UTAMA JABATAN ;

Jabatan Penguatkuasaan menjalankan tanggungjawab dan memastikan Undang-undang yang diperuntukan dilaksanakan dan dipatuhi bagi mencapai matlamat untuk memperkasa komuniti dan menjadikan Pasir Gudang selesa didiami dengan menyediakan kemudahan awam dan perkhidmatan Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Pengurusan Cemerlang Perkhidmatan Gemilang.

 

 Jabatan Penguatkuasaan Akan Melaksanakan Fungsi-Fungsi Dengan Melaksanakan Perkara Seperti Berikut:

a.  Melaksanakan Tindakkan Penguatkuasaaan Berdasarkan Undang-Undang Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ( Akta 133 )

     dan Undang-Undang Kecil Yang Digunakan Pakai Oleh MBPG.

b . Menjalankan Rodaan Zon da Keselamatan di Setiap Zon Penguatkuasaan MBPG.

c.  Mengambilkan Tindakkan Terhadap Aduan Awam Yang Diterima.

d.  Mengambil tindakan terhadap penjaja tanpa lesen.

e.  Memastikan iklan tanpa lesen diambil tindakan

 f.  Mengambil tindakan terhadap halangan dan kacauganggu awam 

g.  Memastikan setiap halangan lalu lintas dan aduan berkenaan kenderaan terbiar diambil tindakan

h.  Menjalankan Operasi Bersama Agensi Penguatkuasaan Seperti PDRM, Imigresen, Kementerian Kesihatan ( KKM ) dan Lain-Lain

i.   Mengawal Selia dan Memantau Selia dan Memantau Kawasan Pentadbiran MBPG melalui CCTV yang dipasang di Kawasan Pentadbiran MBPG.

j.  Melaksanakan Kawalan Keselamatan di Bangunan Pejabat MBPG dan Lokasi Milik MBPG.

k.  Menyediakan Kertas Siasatan Bagi Tujuan Pendakwaan dan Tindakkan Saman Di Mahkamah.

L.  Pengurusan Barang Sitaan Dan Rampasan. 

Dalam menjalankan tanggungjawab tersebut, Jabatan Penguatkuasaan telah memastikan setiap tindakan yang dilaksanakan mengikut manual prosedur yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses perjalanan operasi Jabatan Penguatkuasaan.