Langkau ke kandungan utama

Anti Bribery Management System (ABMS) merupakan satu sistem kawalan dalaman organisasi bagi mengesan, mencegah, mengendalikan, menguatkuasa, menilai serta menambahbaik langkah pengurusan anti-rasuah secara berkesan.

Pada 16 November 2023, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah menerima pengiktirafan dalam pensijilan ISO37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) daripada pihak SIRIM QAS International MBPG sentiasa komited dalam memastikan warga kerja mengamalkan sifat toleransi terhadap semua bentuk rasuah dan korupsi. 

Amalan rasuah dan salah guna kuasa boleh menjejaskan kestabilan dan menjejaskan imej MBPG sebagai salah satu Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Johor. Oleh hal yang demikian, pensijilan dan pengiktirafan ini dapat membudayakan integriti, meningkatkan moral pekerja malah dapat membantu negara dalam menaikkan tangga Indeks Persepsi Rasua (CPI). Ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan dalam menjadikan Malaysia dikenali sebagai negara bebas rasuah. 

Satu penghargaan dan pengiktirafan telah diterima daripada Yang Berbahagia Dato’ Haji Azmi Bin Hj. Alias, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor di atas pencapaian yang telah diperolehi MBPG.