Langkau ke kandungan utama

16 /07/2023 Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah menganjurkan “Hari Bersama HR MBPG 2023” selama tiga hari mulai 16 julai hingga 18 julai 2023. Program berlangsung setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga jam 4.30 petang bertempat di Aras 3, Menara Aqabah MBPG.

Beberapa aktiviti disediakan antaranya Semakan Buku Perkhidmatan dan Data Intergriti Hrmis kepada warga kerja, taklimat serta ruang pameran dari pelbagai jabatan kerajaan dan agensi yang terlibat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohd Hafiz bin Aliman, Setiausaha MBPG dengan diiringi oleh Pn. Hajah Faridah binti Abd Hamid selaku Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan beserta Ketua-ketua Jabatan Bahagian dan Unit MBPG.

Dua sesi perkongsian telah dianjurkan pada hari ini iaitu dimana sebelah pagi disampaikan taklimat daripada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berkaitan perkara yang memberi manfaat kepada warga kerja lantikan kontrak manakala sesi sebelah petang ceramah telah disampaikan oleh Pn. Siti Hasmah binti Marikon selaku Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat daripada Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkaitan “Pengurusan Stress Dalam Pekerjaan”

Program ini merupakan inisiatif dalam menambahbaik penyampaian perkhidmatan menerusi komunikasi dua hala antara warga kerja MBPG dan pihak pengurusan melalui Bahagian Sumber Manusia.

#haribersamahrmbpg2023

#majlisbandarayapasirgudang

#bandarrayaindustridanpelabuhan

#dynamicpasirgudang

/mppg/pusat-media/galeri/hari-bersama-hr-mbpg-2023