Langkau ke kandungan utama

26 Oktober 2025, Program Jom Bersih Sungai Buluh sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Johor 2025 berlangsung di Sungai Buluh, Wisma Pelaut Pasir Gudang pada hari ini.

Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor turut hadir melawat Stesen Auto-Dosing Effective Microorganism (EM) serta menyempurnakan simbolik balingan mudball ke dalam Sungai Buluh.

Program anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama MBPG ini turut disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang.

Pelaksanaan projek pembersihan sungai ini turut disokong melalui peruntukan sebanyak RM2 juta daripada Pejabat YAB Menteri Besar Johor di bawah peruntukan Pembangunan Belanjawan Johor 2025 (P.70) bagi melaksanakan Cadangan Penambahbaikan Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu.

Inisiatif ini sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri Johor memastikan sungai-sungai di negeri ini sentiasa bersih, lestari dan terpelihara.

Semoga usaha ini terus menyemai rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga kelestarian sungai dan sumber air demi kesejahteraan rakyat.

MUDBALL THUMBNAIL