18 Disember 2025, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, telah mengadakan kunjungan ke Hospital Pasir Gudang pada hari ini.
Kunjungan ini bertujuan menziarahi warga kerja MBPG yang sedang menerima rawatan, di samping menyantuni pihak pengurusan serta kakitangan Hospital Pasir Gudang yang bertugas.
Lawatan ini turut menjadi wadah mempereratkan hubungan silaturahim serta menzahirkan penghargaan atas komitmen semua pihak yang terlibat.
Semoga warga kerja MBPG yang sedang menerima rawatan dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
