Langkau ke kandungan utama

26 Oktober 2025, Enviro Fun Walk menjadi antara aktiviti utama sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Johor 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JAS Johor) dengan kerjasama MBPG bertempat di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang pada hari ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor merangkap Wakil Rasmi YAB Menteri Besar Johor, bersama Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang.

Sementara itu, Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Johor 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JAS Johor) dengan kerjasama MBPG berlangsung meriah hari ini di TMIYC Pasir Gudang dengan pelbagai aktiviti berteraskan kelestarian dan pemeliharaan alam sekitar.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor merangkap Wakil Rasmi YAB Menteri Besar Johor, bersama Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang.

Antara inisiatif hijau yang dilaksanakan oleh MBPG dengan sokongan teknikal dan nasihat daripada JAS Johor termasuk: 

• Projek Pemulihan Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu 

• Kempen Komuniti Hijau dan Pendidikan Alam Sekitar 

• Program Bandar Rendah Karbon dan Kempen Pengurusan Sisa Pepejal Pintar 

• Sistem Pemantauan Masa Nyata Kualiti Air dan Udara oleh MBPG

Program turut diserikan dengan Enviro Fun Walk, pameran hijau, serta aktiviti komuniti Jom Bersih Sungai Buluh yang memperlihatkan komitmen bersama ke arah persekitaran yang bersih, lestari dan rendah karbon. Semoga penganjuran ini menjadi pemangkin kesedaran dan tindakan bersama dalam memelihara kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.

HARI ALAM SEKITAR THUMBNAIL 2025