18 Disember 2025, Yang Berusaha En. Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG telah melaksanakan rondaan dan pemantauan lampu jalan pada waktu malam di beberapa lokasi sekitar Pasir Gudang.
Rondaan ini dilaksanakan bersama Jabatan Kejuruteraan MBPG bagi menilai keadaan semasa sistem pencahayaan jalan raya serta memastikan lampu jalan berfungsi dengan baik demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
Pendekatan pemantauan secara berterusan ini mencerminkan komitmen MBPG dalam memastikan penyelenggaraan infrastruktur awam sentiasa berada pada tahap terbaik, selaras dengan keutamaan keselamatan komuniti setempat.
MBPG akan terus komited melaksanakan pemantauan dan tindakan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan warga Pasir Gudang.
