Langkau ke kandungan utama

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah menganjurkan Majlis Perasmian Karnival Ambang Merdeka 2023 bertempat di Astaka DiRaja, Bukit Layang-Layang , Taman Bandar, Pasir Gudang

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Dato' Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang. Hadir sama menjayakan majlis, Yang Berhormat, Tuan Haji Hassan bin Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Yang Berhormat, Tuan Haji Baharuddin bin Mohamed Taib, ADUN Permas, Yang Berhormat Tuan Azizul bin Bachok, ADUN Tiram, ketua-ketua masyarakat, dan pegawai-pegawai kerajaan.

Majlis turut dimeriahkan dengan acara persembahan pentas bertemakan Hari Kebangsaan, antaranya persembahan deklamasi sajak, persembahan lagu patriotik, pentomin, sketsa dari warga kerja MBPG dan persembahan artis jemputan Lah Ahmad.

Dianggarkan seramai 10 ribu pengunjung telah hadir bagi menjayakan acara apabila majlis diakhiri dengan acara kemuncaknya persembahan bunga api serentak dengan laungan keramat "Merdeka" sebanyak 3 kali yang diketuai oleh Datuk Bandar Pasir Gudang.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-66 diucapkan kepada semua rakyat Malaysia

#malaysiamadanitekadperpaduanpenuhiharapan

#karnivalambangmerdekapasirgudang2023

#majlisbandarayapasirgudang

#bandarayaindustridanpelabuhan

#dynamicpasirgudang

 

/mppg/pusat-media/galeri/majlis-perasmian-karnival-ambang-merdeka-2023