12 Februari 2026, MBPG bersama agensi-agensi berkaitan telah dan sedang menyalurkan bantuan segera kepada mangsa kebakaran di Perkampungan Orang Asli Teluk Jawa, Masai.
Sebagai langkah awal, MBPG telah menyediakan 20 unit stand fan (berserta plug point) serta 4 unit khemah bersaiz 20x20 di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi memastikan keselesaan dan keperluan asas mangsa terus terpelihara.
MBPG dan semua agensi terlibat akan terus bekerjasama serta menyelaras bantuan susulan dari semasa ke semasa bagi membantu meringankan beban keluarga yang terjejas.
Semoga semua mangsa diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.