Langkau ke kandungan utama

Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah menganjurkan program Dynamic Sport Day Fun Run & Ride 2023 sempena Hari Sukan Negara dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) pada 14 Oktober 2023 bertempat di Atrium, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Seramai 709 penyertaan bagi kategori larian dan seramai 91 orang bagi kategori berbasikal.

Jam 7.15 pagi majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Bacaan doa.

Seterusnya, Senamrobik 10 minit yang diketuai oleh Instruktor Zumba Dauz Don dan Taklimat keselamatan oleh Polis Trafik IPD Seri Alam.

Dato' Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang telah mengetuai Kategori Berbasikal dengan diiringan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz bin Aliman, Setiausaha MBPG dan Yang Berusaha Tuan Haji Abd Malek bin Mohammed, Timbalan Setiausaha MBPG.

Majlis pelepasan berbasikal dan larian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Haji Mohd Amin Bin Ahmad, Ketua WHIP Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Seterusnya, bagi acara Kostum Adiwira dan Cabutan Bertuah, majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang.

Terdapat juga aktiviti menarik seperti Aktiviti Mewarna, Mini Petting Zoo, Pemeriksaan Kesihatan KKM, Soopa Doopa, Foodtruck, dan Pameran Agensi (PDRM).

Pihak MBPG mengucapkan ribuan terima kasih terutama kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

#dynamicpasirgudang

#majlisbandarayapasirgudang