Langkau ke kandungan utama

28 Februari 2026, Program Iftar Jamie & Imarah Tarawih Perdana Pasir Gudang 2026 berlangsung penuh makna di Masjid An-Nur, Taman Cendana.

Seawal jam 6.00 petang, para jemputan dan komuniti setempat mula hadir bagi bersama-sama mengimarahkan Ramadan. Program dimulakan dengan simbolik penyampaian sumbangan oleh Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang kepada pihak Masjid An-Nur bagi manfaat golongan asnaf.

Turut diadakan bacaan doa dan tazkirah ringkas sebagai pengisian rohani sebelum berbuka puasa oleh Ustaz Mohd Syafie bin Abd Rahman, Pengerusi Masjid An-Nur Taman Cendana , Seusai berbuka, hadirin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan seterusnya Solat Tarawih secara berjemaah.

Suasana cukup tenang dan santai penuh senyuman, sapaan mesra serta semangat kebersamaan yang mengikat ukhuwah antara pimpinan dan masyarakat.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ruang untuk kita lebih dekat antara satu sama lain

 
BUBUR LAMBUK PERDANA 2026