7 Oktober 2026, Perlawanan Akhir Piala FA Liga Bandaraya Pasir Gudang 2026 berlangsung di Stadium Bola Sepak MBPG, Pasir Gudang dengan pertembungan antara Johor Port FC dan JMF FC.
JMF FC berjaya muncul juara selepas menewaskan Johor Port FC dengan keputusan 3–2, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000.00. Johor Port FC selaku naib juara menerima RM2,000.00.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, diiringi Yang Berusaha Encik Abd Majib bin Sapihe, Timbalan Setiausaha MBPG.
Turut hadir memeriahkan majlis Yang Berbahagia Encik Md Derick bin Basir, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad.
Tahniah kepada kedua-dua pasukan atas aksi terbaik dan semangat kesukanan yang dipamerkan. Penghargaan turut diberikan kepada semua pasukan, penyokong dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Liga Bandaraya Pasir Gudang 2026.
Semoga kejohanan ini terus menjadi platform mencungkil bakat baharu, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan komuniti di Pasir Gudang.