Langkau ke kandungan utama

11/12/2021 | Karnival Pasir Gudang diteruskan sempena Majlis Pengisytiharan MBPG pada sebelah pagi dengan Kayuhan Satu Hati mengelilingi 24 zon di pentadbiran MBPG. Pelbagai aktiviti yang diadakan di setiap zon dam check point. Aktiviti kayuhan ini disertai oleh komuniti setempat di setiap zon di dalam Pentadbiran MBPG.

Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar MBPG turut menyertai kayuhan dan aktiviti memanah di Zon Scientex. Turut hadir En Hafiz bin Aliman, Setiausaha MBPG, dan Ketua Balai Polis Pasir Gudang.

Semoga dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini dapat mendekatkan lagi dan mendengar suara hati komuniti setempat bersama Datuk Bandar.

img