Langkau ke kandungan utama

Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan telah menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2023 Kategori Berpasukan pada 17-18 Jun 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Mawar Pasir Gudang. Sebanyak 18 Pasukan yang menyertai Kejohanan ini.

Keputusan Pemenang dan Hadiah adalah seperti berikut:

1. Pasukan : Albert Sport

Johan RM2,000.00 ( Medal+ Piala iringan)

2. Pasukan : MBPG B

Naib Johan RM1,500.00 ( Medal+ Piala iringan)

3. Pasukan : MP Kulai

Ketiga RM1,000.00 ( Medal+ Piala iringan)

4. Pasukan : MBJB Dengkis

Keempat RM750.00 (Medal+ Piala iringan)

Seterusnya, 4 Pasukan menerima Sagu Hati berjumlah RM250.00

- Pasukan KSBC

- Yahya Badminton Akademi

- ILP Pasir Gudang

- MBPG A

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Hafiz bin Aliman, Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang selaku wakil rasmi Datuk Bandar Pasir Gudang dengan diiringi oleh Yang Berbahagia Puan Noorhayati binti Sarmoen, Ketua Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang dan semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Badminton Terbuka Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2023 Kategori Berpasukan.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang