Langkau ke kandungan utama

11 Mei 2025, Tahniah diucapkan kepada para pemenang bagi hari terakhir Kejohanan Paintball Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2025 yang telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan di Padang Ragbi, Dataran Mahkota TMIYC, Pasir Gudang.

Keputusan rasmi adalah seperti berikut:

Kategori Terbuka Johan Bersama: Nemesis Legion 

Johan Bersama: Beez Duck 

Tempat Ketiga: Mambang Di Awan (Selangor) 

Tempat Keempat: Pirates (Johor)

Kategori Klasik Johan: DOY Sabertooth Tiger (Johor) 

Naib Johan: Outlaw SG (Singapura)

 Tempat Ketiga: Unknown (Kuala Lumpur) 

Tempat Keempat: Ignite PB (Brunei)

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Rahamah binti Mahmood, Pengarah Khidmat Pengurusan MBPG, dengan diiringi oleh Yang Berusaha Puan Hajah Noorhayati binti Sarmoen, Pengarah Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan MBPG.

MBPG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pasukan yang bertanding termasuk dari dalam dan luar negara. Kejohanan ini telah berjaya memperkukuh jaringan sukan serantau serta memberi impak positif kepada pembangunan komuniti belia dan gaya hidup aktif di Pasir Gudang.

PAINTBALL THUMBNAIL