11 Ogos 2025, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Malaya (UM) dan bertemu dengan Naib Canselor, YBhg. Dato’ Seri Profesor Dr. Noor Azlan Ghazali.
Pertemuan ini membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pemajuan industri, khususnya melibatkan sektor semikonduktor yang menjadi antara pemacu utama ekonomi negara. Kerjasama ini diharap dapat memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan institusi pendidikan dalam membangunkan modal insan berkemahiran tinggi.
Dalam majlis yang sama, MBPG turut menyampaikan sumbangan 20 unit tablet kepada pelajar-pelajar B40 Program Asasi Sains yang berasal dari negeri Johor, sebagai usaha menyokong pembelajaran digital dan meningkatkan akses pendidikan kepada golongan yang memerlukan.
