Langkau ke kandungan utama

12/12/2021 | YAB Dato’ Hj Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Dato Hj Azmi bij Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Hj Ayub bin Jamil telah hadir ke Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang untuk memasyhurkan pelantikan Datuk Bandar yang pertama Majlis Bandaraya Pasir Gudang iaitu YB Dato’ Asman Shah bin Abd. Rahman.

Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah dinaiktaraf sebagai Bandaraya pada 22 November 2020, walaubagaimanapun majlis tidak dapat diadakan disebabkan Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita semenjak awal tahun 2020.

Terdahulu, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan takluk Johor Darul Ta’zim telah berkenan bagi menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada 9 Disember 2021 dan diikuti Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar MBPG pada hari ini.

img