Langkau ke kandungan utama

8/12/2021 | Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor, Majlis Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan sempena kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Iskandar, Tunku Laksamana Johor.

Datuk Bandar MBPG YB Asman Shah bin Abd. Rahman bersama Setiausaha dan warga kerja MBPG telah bersama-sama menjayakan majlis tersebut. Turut hadir wakil dari MBJB, Ahli-ahli Majlis, imam-iman masjid, Ketua-ketua Kampung serta wakil-wakil dari Jawatankuasa Penduduk Zon.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Semoga kita bersama-sama mendapat rahmat dariNya.

img