Langkau ke kandungan utama

5 Februari 2026, MBPG telah mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Muafakat Taman Mawar, Pasir Gudang sebagai manifestasi komitmen berterusan MBPG dalam memperkukuh budaya integriti serta menolak sebarang bentuk rasuah dalam perkhidmatan awam.

Majlis dimulakan dengan Sesi Lafaz Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh Yang Berusaha Encik Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG. Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang menandatangani IBR dengan disaksikan oleh Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Johor, sebagai simbol iltizam bersama dalam membudayakan tadbir urus yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan gimik perasmian pelancaran Sistem eNADI, yang disempurnakan oleh Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil sebagai inisiatif digital MBPG dalam memperkukuh saluran aduan berintegriti serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada warga kerja dan masyarakat.

Majlis turut diserikan dengan ceramah integriti bertajuk “Tolak Rasuah, Angkat Maruah” yang disampaikan oleh Encik Mohd Elyas bin Ismail, sebelum majlis melabuhkan tirai.

Komitmen membanteras rasuah memerlukan usaha berterusan dan sokongan semua pihak. MBPG kekal komited menjadikan integriti sebagai teras budaya kerja demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang beramanah dan berkualiti kepada masyarakat.

IBR 2026