Langkau ke kandungan utama

Majlis Bandaraya Pasir Gudang dengan kerjasama PESAKA Daerah Johor Bahru dan Persatuan Pelancongan Pasir Gudang telah menganjurkan Karnival Pencak Silat Beradat Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2023 Kali Ke - 2 pada 19-22 Disember 2023 di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

Karnival Pencak Silat Beradat Peringkat Antarabanga ini melibatkan 3 negara iaitu Malaysia sebagai tuan rumah, Indonesia dan Singapura. Sebanyak 20 pasukan dengan penyertaan 596 orang peserta telah menyertai karnival ini, dan melibatkan 470 perlawanan.

Majlis penyampaian cenderahati Perguruan kepada jurulatih-jurulatih pasukan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tn. Ibrahim bin Mohd Salleh, Pengerusi Persatuan Silat Kebangsaan Daerah Johor Bahru (PESAKA).

Majlis Penyampaian Hadiah Kategori Piala Pesilat bagi kategori Pra Tunas Harapan Puteri, Pra Tunas Harapan Putera, Tunas Harapan Puteri, Tunas Harapan Putera, Usia Dini Puteri dan Usia Dini Putera kepada pemenang disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Noorhayati binti Sarmoen, Ketua Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan, Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Seterusnya, bagi Piala Pesilat Terbaik Kategori, Pra Remaja Puteri, Pra Remaja Putera, Remaja Puteri, Remaja Putera, Sukma Puteri, Sukma Putera telah disempurnakan oleh Encik Razak bin Salim, Bendahari Persatuan Pelancongan Pasir Gudang.

Bagi kemuncak majlis pula, penyampaian hadiah bagi Juara Keseluruhan Kategori Sukma, Remaja, Pra Remaja, Usia Dini, Tunas Harapan, Pra Tunas Harapan, dan Juara keseluruhan pasukan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Haji Nor Rahman bin Mustaffa, Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang selaku wakil rasmi Datuk Bandar Pasir Gudang, diiringi oleh Yang Berbahagia Tn. Ibrahim bin Mohd Salleh, Pengerusi Persatuan Silat Kebangsaan Daerah Johor Bahru (PESAKA).

Berikut adalah senarai pemenang:

Piala Pesilat Harapan

1.Kategori : Pra Tunas Harapan Puteri
Pasukan Cemandir Fighter : Fathiya Ameena

2.Kategori : Pra Tunas Harapan Putera
Pasukan KSOF : Daeng Miqael

3.Kategori : Tunas Harapan Puteri
Pasukan PSB Singapura :Naureen Erina

4.Kategori : Tunas Harapan Putera
Pasukan Indera Pusaka : Muhd Izz Ziqry

5.Kategori : Usia Dini Puteri
Pasukan Abjad Asli : Nur Haziqah

6.Kategori : Usia Dini Putera
Pasukan Sunda Asli PG : Aiman Arif


Piala Pesilat Terbaik

1.Kategori : Pra Remaja Puteri
Pasukan KFJ : Ana Farhana

2.Kategori : Pra Remaja Putera
Pasukan STA Johor : Muhd Khairul Adam

3.Kategori : Remaja Puteri
Pasukan Gayong Pasak :Nurfaradhiya Erlynda

4.Kategori : Remaja Putera
Pasukan Usta Fighter : Darwish Fiqry

5.Kategori : Sukma Puteri
Pasukan Seni Golok : Nur Afifah

6.Kategori : Sukma Putera
Pasukan KSOF : Muhd Najmi


Juara Keseluruhan

1.Kategori : Sukma
Pasukan : Kelab Silat Olahraga Firastri
Jumlah Pingat : 8 Emas

2.Kategori : Remaja
Pasukan : Perguruan Sendeng Belalang Singapura
Jumlah Pingat : 5 Emas

3.Kategori : Pra Remaja
Pasukan : Persatuan Silat Seni Golok Negeri Johor
Jumlah Pingat : 6 Emas

4.Kategori : Usia Dini
Pasukan : Perguruan Sendeng Belalang Singapura
Jumlah Pingat : 6 Emas

5.Kategori : Tunas Harapan
Pasukan : Perguruan Sendeng Belalang Singapura
Jumlah Pingat : 3 Emas, 6 Perak

6.Kategori : Pra Tunas Harapan
Pasukan : Perguruan Sendeng Belalang Singapura
Jumlah Pingat : 5 Emas


Juara Keluruhan Pasukan

1.Pasukan : Perguruan Sendeng Belalang Singapura
Jumlah Pingat : 25 Emas

2.Pasukan : Kelab Silat Olahraga Firastri
Jumlah Pingat : 17 Emas

3.Pasukan : Persatuan Silat Seni Golok Negeri Johor
Jumlah Pingat : 12 Emas

 

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

/ms/mbpg/pusat-media/galeri/majlis-penutup-karnival-pencak-silat-beradat-antarabangsa-piala-datuk