17 Oktober 2025, Majlis Perasmian Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF 2025) telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah pagi tadi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Festival anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini mengetengahkan hasil kreativiti beberapa pihak berkuasa tempatan terpilih dari seluruh negara, termasuk penyertaan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).
Melalui hasil rekaan Jabatan Landskap MBPG yang diketuai oleh Ts. LAr. Hajah Zanariah binti Kadir, Pengarah Jabatan Landskap MBPG ini menampilkan konsep “Taman Warisan” berteraskan warisan tradisi Melayu Islam Johor. Keagungan agama, adab dan budaya menjadi asas utama rekaan, manakala unsur ‘Lima Emas / Limas’ diterapkan dalam elemen landskap kejur dan lembut. Penceritaan tentang tumbuh-tumbuhan yang membawa 1001 makna kehidupan turut diterjemahkan sebagai lambang budi manusia terhadap alam dan sesama insan.
Turut hadir memeriahkan majlis, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, bersama wakil-wakil daripada agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang mengambil bahagian.
