Langkau ke kandungan utama

11 Jun 2025, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang telah mengadakan sesi pertemuan bersama para peniaga KPBPG pada hari ini.

Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat UTC Pasir Gudang pada hari ini menjadi wadah penyambung untuk mengerat hubungan antara MBPG dan komuniti peniaga, selain membincangkan pelbagai isu serta cadangan ke arah penambahbaikan suasana perniagaan dan fasiliti sedia ada.

MBPG terus komited dalam memperkasa pembangunan ekonomi setempat dan menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif, selaras dengan aspirasi menjadikan Pasir Gudang sebagai bandar raya dinamik dan sejahtera.

PERJUMPAN DB DAN PENIAGA