Langkau ke kandungan utama

11 November 2025, MBPG hari ini telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang bertempat di Dewan Cempaka, Aras 20, Menara Aqabah.

Majlis ini menyaksikan penyerahan tugas antara Puan Nurul Ashikin binti Haji A. Jabar, Mantan Setiausaha MBPG yang kini dilantik sebagai Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, dan Encik Ezlan Farid bin Mohd Said sebagai Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang baharu.

Penyerahan ini turut disaksikan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, Ahli-Ahli Majlis, barisan Pengarah Jabatan serta warga kerja MBPG.

Semoga kepimpinan baharu ini terus memperkasa usaha menjadikan Pasir Gudang sebagai bandar raya Bersih, Lestari dan Berdaya Huni.

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN SU