Langkau ke kandungan utama

15 Mei 2026, Majlis Apresiasi Kecemerlangan Warga Kerja MBPG 2025 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja MBPG yang sentiasa komited, berdedikasi dan cemerlang dalam melaksanakan amanah demi kemajuan organisasi serta kesejahteraan masyarakat.

Majlis penuh bermakna ini meraikan seramai 48 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 73 penerima Sijil Penghargaan, 8 penerima Penghargaan Perkhidmatan 30 Tahun dan seorang penerima Penghargaan Perkhidmatan 25 Tahun. Pengiktirafan ini menjadi simbol penghormatan atas jasa, pengorbanan dan sumbangan besar yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Turut diraikan dalam majlis ini ialah dua warga kerja MBPG yang bakal menamatkan perkhidmatan iaitu Puan Hajah Nor Azizah binti Mahamud dan Puan Zakiah binti Suboh. Semoga penghargaan yang diberikan menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga kerja MBPG untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat kecemerlangan.

APC MBPG 2026 THUMBNAIL