Langkau ke kandungan utama

16 Januari 2026, Mesyuarat Agung PUSPANITA Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Kali Ke-6 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Ballroom Cempaka Jingga, Aras 3, Menara Aqabah.

Mesyuarat ini telah disempurnakan oleh Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang merangkap Penasihat PUSPANITA MBPG. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada barisan Jawatankuasa PUSPANITA atas komitmen dan usaha berterusan dalam mengurus serta menggerakkan persatuan dengan penuh dedikasi.

Beliau turut menegaskan peranan signifikan PUSPANITA sebagai wadah sokongan kepada wanita perkhidmatan awam, bukan sahaja dalam aspek kebajikan dan pembangunan diri, malah sebagai platform memperkukuh keseimbangan emosi, profesionalisme serta jaringan kebersamaan dalam menghadapi cabaran semasa.

Penganjuran Mesyuarat Agung ini mencerminkan komitmen berterusan PUSPANITA MBPG dalam memastikan persatuan kekal relevan, diyakini serta berfungsi secara berkesan demi menyokong agenda organisasi dan pembangunan komuniti.

AGM PUSPANITA  2026