Langkau ke kandungan utama

22/12/2021 | Menjunjung Titah DYAM Tunku Mahkota Johor bagi membantu dan membersih kawasan yang terjejas akibat bencana banjir di Selangor

Majlis Bandaraya Pasir Gudang bersama Southern Volunteers Pasir Gudang turut bersama dalam memberi bantuan di negeri Selangor. Seramai 40 orang telah menyertai misi bantuan ini. MBPG juga turut menyediakan keperluan peralatan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Misi bantuan ini telah dilepaskan oleh Tuan Hj Mohd Yusof bin Abd Wahab, Timbalan Setiausaha MBPG yang mewakili Datuk Bandar di peringkat Pasir Gudang.

Semoga dengan bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.

img