Langkau ke kandungan utama

24 Mei 2025, Program Pasir Gudang International Fun Run yang berlangsung pagi tadi di Dataran Mahkota, Pasir Gudang menyaksikan kehadiran ribuan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Acara dimulakan dengan sesi senamrobik sebagai pemanas badan sebelum larian dimulakan, mencetuskan suasana penuh bertenaga dan ceria.

Turut hadir memeriahkan acara, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang. Kehadiran selebriti terkenal tanah air seperti Dato’ AC Mizal, Ajak Shiro dan Cee Piya turut mencuri perhatian dan menambah keceriaan suasana.

Terima kasih atas sokongan semua yang telah menjayakan acara ini. Jumpa lagi di program akan datang.

FUN RUN TMIYC THUMBNAIL