Langkau ke kandungan utama

Perlawanan akhir Piala FA Liga Bolasepak Bandaraya Pasir Gudang 2023 telah berlangsung pada 17 Jun 2023 jam 4.00 petang bertempat di Padang MBPG 1.

Keputusan Penuh Johor Port FC (0) - (0) Sengat FC Rovers. Seterusnya, Pasukan Sengat FC Rovers telah memenangi Sepakan Penalti dengan keputusan (5) - (4) Johor Port FC.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Hafiz bin Aliman, Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang selaku wakil rasmi Datuk Bandar Pasir Gudang dengan diiringi oleh Yang Berbahagia Puan Noorhayati binti Sarmoen Ketua Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Johan membawa pulang Hadiah Wang Tunai RM4,000.00, medal beserta piala dan Naib Johan membawa Pulang RM2,000.00, medal beserta piala.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang dan semua yang terlibat dalam menjayakan Perlawanan akhir Piala FA Liga Bolasepak Bandaraya Pasir Gudang 2023.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

/mppg/pusat-media/galeri/perlawanan-akhir-piala-fa-liga-bola-sepak-bandaraya-pasir-gudang-2023