27 Jun 2025, Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan Podcast Sempena Hari Landskap Negara 2025 (HLN2025) hari ini.
Dengan tema “Memperkasa Belia Melalui Kerjaya Seni Kreatif”, para panel telah berkongsi pelbagai kisah, inspirasi dan pengalaman luar biasa dalam dunia seni kreatif.
Barisan panel jemputan:
• Prof. Dr. Hasnizam
• Dato’ AC Mizal
• Ts. Dr. Nor Azizi Yusoff (Pensyarah Kanan UTHM)
• Fattah Amin
• Amira Othman
Sesi berlangsung dengan penuh interaksi dan mendapat sambutan hangat daripada para peserta.
Yang turut mencuri tumpuan ialah kehadiran Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang yang turut menyampaikan taklimat beliau.
