Langkau ke kandungan utama

10/9/2023 Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah menganjurkan Program Majlis Mesra Industri Bil. 2/2023 dengan jayanya bertempat di Trove Hotel, Johor Bahru.

Yang Berbahagia En Mohd Hafiz bin Aliman , Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) selaku wakil rasmi Datuk Bandar telah menyempurnakan Program ‘Mesra Industri’ bersama pihak pemain industri, pihak agensi-agensi kerajaan dan pemegang taruh di kawasan pentadbiran MBPG untuk berkongsi idea berkenaan penyelesaian isu-isu dan permasalahan serta penambahbaikan pembangunan industri dan pelabuhan yang inklusif di kawasan pasir gudang. Turut hadir bersama Yang Berbahagia Encik Vijayan A/L Rajoo, Ahli Majlis, wakil Ketua WHIP dan Yang Berbahagia, Encik Shahzul Jayawirawan bin Mohd Yunus, Pengarah, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Johor.

Program yang dianjurkan secara tahunan ini merupakan salah satu medium perantaraan dan platform bagi mengumpulkan pihak kluster industri bersama pihak pengurusan MBPG selaras dengan nadi pemerkasaan ekonomi, industri di Pasir Gudang menjadi pemangkin utama bagi pertumbuhan pusat tumpuan ekonomi, menarik pelaburan, serta menjana peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

Sebanyak tiga (3) tajuk pembentangan telah dibuat bersempena dengan program yang dianjurkan pada kali ini iaitu:

a. Pengurusan Dan Cabaran Program Bandar Rendah Karbon Oleh Cik Nor Aslaili binti Mahmood, Manager, Sustainable Cities Division, Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation.

b. The Smart Landscape: Development of Intelligent City Inline With Sustainable Environment Oleh Yang Berusaha Lar. Norliza binti Mohd Yusof, Pengarah Urusan, Clouston Design (M) Sdn. Bhd.

c. Taklimat ESG : Demonstrate Your Initiative Through Certification, Inseption And Verification Oleh Puan Nadia Aqilah binti Mohd Sofie, Pengurus Akaun Utama, SIRIM Berhad.

Diharap usaha dan kolaborasi berterusan melalui program “Mesra Industri” ini, seluruh tenaga insan di MBPG, pemain-pemain industri, pemegang taruh dan segenap masyarakat akan terus mengecapi kejayaan yang cemerlang sebagai sebuah bandaraya yang unik, tersohor dan lestari di tanah air bagi meneruskan pembangunan yang holistik dan mampan.