Langkau ke kandungan utama

25 Mei 2025, Program Pasir Gudang Bersih dan Lestari telah berjaya dilaksanakan di kesemua 24 zon Ahli Majlis dengan pengisian aktiviti seperti: 

• Penanaman pokok 

• Pembuatan mudball 

• Gotong-royong komuniti

Program ini melibatkan penyertaan aktif penduduk setempat, NGO dan warga kerja MBPG dalam usaha memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

Lokasi penutup diadakan di Taman Bandar Pasir Gudang yang turut menampilkan: 

• Penanaman pokok 

• Pelepasan anak ikan 

• Acara membaling mudball ke tasik

Program ini diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, Ahli Majlis, Pengarah MBPG dan diserikan dengan kehadiran beberapa artis tanah air yang turut turun padang menyokong inisiatif hijau ini.

Semoga usaha kolektif ini menjadi pemangkin kepada matlamat Pasir Gudang Sejahtera menjelang 2029.

PASIR GUDANG SEJAHTERA THUMBNAIL