Langkau ke kandungan utama

12/6/2023 Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) melalui Bahagian Audit Dalam dan Integriti pada hari ini telah melaksanakan Program Pengukuhan Integriti Tumbuk Rusuk “Pengkisahan Dari Tirai Besi” bertempat di Ballroom Cempaka Jingga, Aras 3, Menara Aqabah. Program kali ini merupakan kesinambungan dari program ceramah yang telah diadakan sebelum ini pada 30 Januari 2023 yang bertajuk “ Tumbuk Rusuk : Break The Silent”.

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Firdaus bin Ramlan selaku penceramah daripada CJ Global Venture yang merupakan syarikat yang menawarkan program-program yang menjurus kearah pencegahan rasuah dan mencaknakan integriti di dalam organisasi awam dan swasta yang menjadi tunjang kepada ekonomi Negara.

Seramai 120 orang warga kerja terlibat mewakili semua Jabatan, Bahagian dan Unit di MBPG telah menyertai program pengukuhan yang dianjurkan. Hadir sama dalam program ini, Setiausaha MBPG, Encik Mohd Hafiz bin Aliman, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan MBPG, Puan Hajah Faridah bt Hamid serta Ketua Bahagian Audit Dalam dan Integriti MBPG, Puan Farah Wahida bt Nasarudin.

Tumbuk rusuk adalah kiasan halus bagi perbuatan memberi rasuah. Pemberian rasuah merupakan jenayah yang berbahaya dan boleh menyebabkan kehancuran kepada kehidupan individu. Rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun.

Program seumpama ini akan dilaksanakan oleh MBPG secara konsisten kepada semua warga kerja dari semasa kesemasa dengan harapan semoga ianya akan membantu memberi kesedaran dan panduan supaya integriti sentiasa diletakan pada tahap tertinggi sepanjang melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

#programtumbukrusuk

#majlisbandarayapasirgudang

#bandarrayaindustridanpelabuhan

#dynamicpasirgudang

[[{"fid":"49407","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"link_text":null,"type":"media","field_deltas":{"1":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false}},"attributes":{"class":"media-element file-default","data-delta":"1"}}]]