Langkau ke kandungan utama

19 November 2023 – Sambutan Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya sentiasa di sambut meriah setiap tahun dikalangan penganut hindu tanah air.

Sambutan di peringkat Pasir Gudang pada tahun ini telah dianjurkan di Dewan Muafakat Taman Sierra Perdana dengan dihadiri oleh kira-kira lebih daripada 300 orang penduduk dan jemputan yang hadir. Pelbagai persembahan kebudayaan yang menarik pelbagai bangsa dan budaya telah ditonjolkan bersempena sambutan.

YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar, MBPG berkesempatan bersama-sama meluangkan masa hadir menyantuni majlis. Tetamu lain yang turut hadir memeriahkan majlis adalah YB. Tuan Haji Azizul bin Hj Bachok, ADUN Tiram En. Krishnan Muniandy dan En. Mahendran Subramaniam, Ahli Majlis MBPG serta Penghulu Mukim Plentong dan Ketua Kg. Kuala Masai.

#deepavalipasirgudang

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

#bandarayaindustridanpelabuhan

/mbpg/pusat-media/galeri/sambutan-perayaan-deepavali-peringkat-pasir-gudang