10 April 2026, Majlis Sambutan Riang Ria Raya Aidilfitri Pasir Gudang 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dalam suasana harmoni di Dewan Muafakat Taman Mawar, Pasir Gudang yang menghimpunkan pemimpin dan masyarakat dalam semangat kebersamaan dan silaturahim. Majlis diserikan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk penyampaian Anugerah EKSA 2025, Pingat Khidmat Cemerlang 2025, hadiah pertandingan Sinari Ramadan, sumbangan kepada bakal haji serta duit raya kepada anak-anak yatim oleh Yang Berhormat Dato’ Mohammed Ridha bin Dato’ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor dengan diiringi oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Halim, Ahli Dewan Negara, barisan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, pegawai-pegawai daerah negeri Johor, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, rakan strategik, pemegang taruh, penghulu, ketua masyarakat serta badan-badan NGO.
MBPG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini dari awal hingga ke akhirnya.
Syabas atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat, termasuk rakan strategik, pemegang taruh serta wakil komuniti.
Semoga semangat Syawal ini terus menyemarakkan perpaduan, mengeratkan silaturahim dan memperkukuh kebersamaan dalam kalangan masyarakat. Jumpa lagi di acara akan datang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.